2 research outputs found

    Sistem keselamatan kandang kambing berasaskan aplikasi Blynk

    Get PDF
    Projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah prototaip sistem keselamatan kandang kambing berasaskan aplikasi blynk untuk membantu penternak dalam mengawal keselamatan serta menangani kes kecurian dengan memberi notifikasi kepada penternak. Model Design Thinking digunakan sebagai panduan dalam membangunkan prototaip ini yang mempunyai lima fasa yang perlu diikuti di mana antara fasa yang terlibat ialah empathy, define problem, ideate, prototype dan test. Modul Wi-Fi iaitu ESP 32 merupakan komponen utama dan perisian Arduino digunakan untuk tujuan pengekodan serta aplikasi blynk digunakan untuk menerima notifikasi. Empat orang pakar telah menguji kebolehfungsian dengan menggunakan senarai semak serta cadangan penambahbaikan telah diberikan. Hasil dapatan penilaian menunjukkan maklum balas yang positif dari kesesuaian prototaip, aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan cadangan penambaihbakan telah diberikan terhadap prototaip ini seperti GPS tracking dan pengesan kebakaran. Pembangunan prototaip Shelter Security System ini dapat memberi idea terhadap perkembangan teknologi IoT dalam bidang keselamatan serta dapat membantu penternak mengatasi masalah kecurian kambing

    Rekabentuk shelter security system dan analisis kejuruteraan

    No full text
    Projek ini dijalankan adalah untuk rekabentuk sebuah prototaip sistem keselamatan kandang kambing berasaskan aplikasi blynk untuk membantu penternak dalam mengawal keselamatan serta menangani kes kecurian dengan memberi notifikasi kepada penternak. Fokus perbincangan dalam adalah bertumpu kepada rekabentuk shelter security system dan analisis kejuruteraan. Model Design Thinking digunakan sebagai panduan dalam membangunkan prototaip ini yang mempunyai lima fasa yang perlu diikuti dimana antara fasa yang terlibat ialah empathy, define problem, ideate, prototype dan test. Modul WiFi iaitu ESP 32 merupakan komponen utama dan perisian arduino digunakan untuk tujuan pengkodan serta aplikasi blynk digunakan untuk menerima notifikasi. Analisis kejuruteraan telah dijalankan terhadap komponen- komponen utama dan juga terhadap aplikasi blynk. Pembangunan prototaip Shelter Security System ini dapat memberi idea terhadap perkembangan teknologi IoT dalam bidang keselamatan serta dapat membantu penternak mengatasi masalah kecurian kambing
    corecore